Jumaat, 26 September 2008

Petua

Menghindari Penyakit

Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.

Menahan Nafas

Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.

Memulihkan Sakit Jantung
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.

Menghindarkan Sakit Jantung
Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.
Menghilangkan Bisa-bisa Tulang

1. Masukkan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.

2. Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.

3. Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.

Luka Bersalin

Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.

3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin

Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-

1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.

2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.

4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

Telinga Dimasuki Air

Jika telinga kiri anda dimasuki air, mengiringlah ke sebelah kiri. Lakukan juga seperti ini sekiranya telinga kanan anda dimasuki air.

Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid

Cara untuk mengatasinya ialah :-

• Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih.

• Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.

Memerahkan Bibir

1. Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.

2. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.

Rawatan Anak Demam Panas

Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.

Demam Panas

Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

Apabila Terkena Air Panas

Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.

Bawang Putih Bunuh Kutu

Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu.

Bengkak Akibat Terjatuh

Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.

Batuk

Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:

1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.

3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.

4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

Sakit Angin

Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :-

1. Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali.

2. Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.

Memulihkan Tenaga Lelaki

1. Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.

2. Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar kayu.

Mengubati Sakit Mulut

Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.

• Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air.

• Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih.

• Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.

Bibir atau Lidah Pecah Akibat Tergigit

1. Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah. Dalam masa dua hari, luka akan sembuh.

2. Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit.

Cairkan Lendir di Tekak

Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak.
Daun Pucuk manis Ubat Pitam
Ramas sedikit pucuk manis dengan air. Embunkan semalaman. Pada keesokkan paginya, lumurkan di kepala. Lakukan beberapa kali.

Daun Sirih Ubat Kembung Perut

Kebiasaannya bayi berusia enam bulan ke atas mengalami kembung perut, cara yang paling mudah mengubatinya ialah : Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi.
Penawar Sakit Kepala

1. Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :

o Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
o Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.

2. Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.

3. Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.

4. Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.

5. Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.

Menambahkan Darah

Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah :

1. Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.

2. Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.

Mengurangkan Tekanan

Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.

Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan

Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa.

Penawar Batu Karang

Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.

Anak-anak Demam Berlarutan

Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan keseluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Elak Keracunan Udang atau Ketam

Sebelum memasak, rebus dahulu udang/ketam dengan sedikit arang kayu. Biarkan selama lima minit. Kemudian masaklah mengikut kesukaan anda.

Mententeramkan Jiwa

Cara untuk mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu malam atau pagi.

Gusi Berdarah

Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah :

1. Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak berdarah lagi.

2. Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam

Bibir Pecah Akibat Kepanasan

Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas.

Hentikan Muntah

Muntah biasanya terjadi akibat salah makan. Ini akan menyebabkan badan penat dan terasa sakit. Langkah yang sebaik-baiknya ialah mengambil buah pelaga yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air panas. Berikan kepada yang sedang muntah untuk diminum.

Hilangkan Rasa Pijar

1. Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa. Biarkan seketika. Pijar pasti hilang.

2. Ambil seuncang daun teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam air batu buat seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendamkan berulangkali agar uncang teh itu terasa sejuk.

Jadam Legakan Bengkak

Campurkan sedikit jadam sebesar ibu jari kaki ke dalam air perahan sebiji limau nipis. Panaskan sehingga jadam itu cair. Kemudian sapukan pada bahagian bengkak dan balut dengan daun pisang atau kertas plastik. Biarkan semalaman.
Tersusuk Duri

1. Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.

2. Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.

Ruam

Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam panas ini, gunakan kanji nasi . Caranya ialah :-

1. Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.

2. Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak. Sapukan pada kulit bayi.

3. Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh.

Penawar Bisul

1. Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh

2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.

3. Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.

4. Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.

5. Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.

Mencantikkan Kulit Bayi

Campurkan tiga suku tepung kanji dengan air suam. Kacau kemudian mandikan bayi. terus lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain.

Ketuat

1. Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam beberapa hari ketuat akan hilang. Insya-Allah.

2. Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.

Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih

1. Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.

2. Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut.

Mengubat Kaki Terseliuh

Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa.

Kurangkan Bercakap

Banyak bercakap boleh menyebabkan didatangi penyakit.

Kurangkan Panas Badan Anak

Campurkan dua ulas bawang jantan dengan satu sudu cuka. Jaramkan di kepala anak anda.

Kurangkan Penyakit Darah Tinggi

1. Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat.

2. Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum setiap hari.

3. Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.

4. Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.

Mabuk Kenderaan

1. Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.

2. Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa dalam perjalanan.

Mandul

Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak nanas seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.

Keputihan

1. Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih. Sebagai ulam pula, makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiap hari.

2. Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari di waktu pagi dan petang. Bunga itu boleh direndamkan berulang-ulang hingga rasa pahitnya hilang.

3. Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari sehingga sembuh.

Merawat Lebam Akibat Tercedera

Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu batu mengikut sukatan yang tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian yang lebam dan balutkan dengan kain yang bersih. Biarkan lebih kurang 2 jam.

Melegakan Cirit Birit

1. Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh o pekat kemudian diminum.

2. Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut dan balutkan dengan kain

3. Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.

Sukar Buang Air Besar

Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang dan dubur anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering, berbeza dari warna asalnya.

Bayi Sukar Buang Air Besar

Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari

Melegakan Sakit Akibat Terkepit

Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.

Melegakan Tekak Perit

Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.

Menajamkan Penglihatan

1. Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau.

2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.

3. Bercelak ketika hendak tidur.

4. Kerap duduk mengadap kiblat.

5. Makan lobak putih selalu.

Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi

Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak. Biarkan sehingga sakit gigi lega.

Mencegah Penyakit Buasir

Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan. Angkat kedua belah kaki anda ke atas dan kedua tangan anda di bawah punggung kedua-duanya. Kemudian tahan nafas ketika naik kaki ke atas dan lepaskan nafas ketika anda turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali setiap hari. Mudah-mudahan sembuh.

Jika Terminum Racun

Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.

Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang

Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.

Mengatasi Mual Ketika Mengandung

Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam.

Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus

Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.

Menghidap Barah Rahim

Untuk mengubati barah rahim, rebus dan minum air benalu teh yang tumbuh di dataran tinggi (750 meter dari aras laut). Amalkan selama tiga bulan.

Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak
Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari.

Menghilangkan Angin
Caranya ialah dengan merebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka (ikut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok diminum selepas makan nasi.

Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk

Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.

Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas

1. Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.

2. Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka.

3. Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut.

Mengubati Senggugut

1. Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

2. Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.

3. Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.

4. Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.

Menyedapkan Suara

Jika suara anda mengalami gangguan, rawatilah dengan menyediakan secawan air pada waktu malam. Biarkan semalaman dan kemudian apabila bangun pagi, minum air tersebut tanpa perlu membasuh muka dahulu.

Merawat Hidung Berdarah

Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi.

Menyegarkan Badan>

Mandi haid, selain dari mandi dengan air biasa, elok juga mandi dengan air yang telah diramas daun bidara untuk kesegaran badan. Caranya :

• Sebelum mandi, mestilah berwudhuk dengan sebaiknya.

• Sesudah mandi, sediakan perca kain atau kapas yang sudah diwangikan dengan minyak wangi atau kasturi.

• Lalu digosokkan di dinding kemaluan.

Merawat Luka

1. Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tempekkan pada luka tersebut. Darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi.

2. Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar, dan campurkan dengan sedikit garam halus. Letakkan pada luka dan balutkan dengan kain bersih. Memang agak pedih sedikit tetapi hasilnya akan memuaskan.

3. Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah. Ambil sebatang kulit kayu manis dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan setitik madu lebah. Sapukan pada bahagian yang luka.

4. Ramas segenggam daun turi. Setelah itu gosokkan pada bahagian yang luka. Lakukan beberapa kali sehingga kesan luka hilang.

5. Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama, siramkan sedikit minyak tanah pada luka. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa pedih lagi.

Cengkam Kuku Yang Bernanah

Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian salaikan pada api dalam tempoh lebih kurang lima saat, jangan sampai hangus. Selepas itu titiskan minyak perlahan-lahan ke bahagian kuku yang bengkak. Anda akan terasa panas dan sakit sedikit, tetapi hanya sebentar dan akan kembali seperti sediakala.

Sakit Kuning

Hiris nipis-nipis sedikit rebung. Kemudian rebus sehingga mendidih. Amalkan meminum air rebusan tersebut. Ulangi sehingga sembuh.

Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning

Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi.

Kanak -kanak Sesak Nafas

Siang belut seperti ikan dan digoreng tanpa dibuang kulitnya. Berikan pada kanak-kanak yang mengalami sesak nafas.

Sesak Nafas

Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Parut dua biji bawang merah. Campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air, kemudian minum setiap pagi sebelum sarapan.

Berkudis

Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan menumbuk daun inai dan kemudian tempekkan pada luka atau kudis tersebut.

Senang Bersalin

Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.

Selesema

1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.

2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.

3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara
membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali

Bayi Selesema

Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya dari pakar/doktor.

Bengkak Kaki Waktu Hamil

Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.

Resdung

Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

Suami Ketagih Rokok

Bantu suami berhenti menghisap rokok dengan memberikan tasbih. Setiap kali tangannya gatal untuk menghisap rokok, zikir menjadi gantinya.

Menghapuskan Bulu Roma

Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih.

Gastrik

1. Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu madu lebah dan satu biji telur ayam. Amalkan meminumnya dua kali seminggu. Anda akan rasa perbezaannya.

2. Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan kunyit itu dicampur dengan kuning telur ayam kampung. Kacau sebati kemudian minum. Ulangi meminumnya beberapa hari dan anda akan terhindar dari sakit pedih ulu hati.

3. Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumnya dua kali sehari.

Batu Karang

Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit ini selama 15 minit. Ambil air dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum.

Bengkak-bengkak di Badan

Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan air. Panaskan di atas api dan biarkan sejuk. Setelah itu sapulah tempat yang bengkak dan gatal itu. Insya-Allah dalam masa 5 minit, ia akan sembuh.

Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak

1. Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.

2. Segera beri minum air kelapa yang muda.

Mengubati Kecacingan

Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Campurkan dengan air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh.

Cacing Kerawit

Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum setiap hari

Kurang Darah Akibat Kemalangan

Tumbuk dua kerat lempoyang sebesar ibu jari, sedikit kunyit hidup dan sedikit gula merah. Rebus dengan tiga gelas air.

Telinga Dimasuki Serangga

1. Tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut. Hembuskan nafas sekuat-kuatnya sehingga serangga keluar.

2. Masukkan minyak kelapa pada telinga yang dimasuki semut.

Tercekik Tulang

Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan seterusnya di hospital.

Menggemukkan Binatang Peliharaan

Campurkan hampas kelapa dengan tahi ikan bilis kemudian berikan pada binatang peliharaan untuk dimakan. Ini akan mengemukkannya.

Melawas Kencing

1. Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari.

2. Rebus secekak daun pegaga. Tinggalkan sehingga menjadi dua gelas air. Minumlah sekali sehari.

Mengubati Gelgata

1. Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi gelgata.

2. Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gelgata.

Segarkan Saraf

Rebus daun serai wangi, daun pandan dan daun nangka. Biarkan airnya kering sehingga menjadi satu cawan. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

Lelah

1. Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya. Minum seminggu sekali.

2. Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

Sakit Disengat Lebah

Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat yang disengat lebah. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.

Berkhatan Cepat Sembuh

Rebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil. Biarkan sehingga mendidih. Campurkan dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan air itu.

Kejang Perut

Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan seminggu dua kali.

Penawar Kencing Manis

1. Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.

2. Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.

Petua Mengelakkan Barah

1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.

2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.

3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.

4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.

5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.

6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.

7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.

8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.

10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas

DI MANA HALA PANDANGAN MATA KETIKA SEMBAHYANG?

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Hala pandangan mata ketika sembahyang boleh membantu
seseorang itu memperolehi kekhusyukan dalam sembahyang dan
adakalanya pula ia boleh menyebabkan kekhusyukan itu hilang,
umpamanya jika terpandang sesuatu yang boleh mengganggu
fikiran mahupun tumpuan hati terhadap Allah Subhanahu wa
Ta‘ala ketika sembahyang.

Maka atas dasar ini, hala pandangan mata ketika sembahyang itu
merupakan suatu perkara yang sangat penting untuk diberi
perhatian kerana ia sangat berkait rapat dengan kekhusyukan.
Kemanisan ibadat sembahyang tidak akan dapat dirasa atau
diperolehi tanpa adanya rasa khusyuk ketika mendirikannya.

Hala Pandangan Mata Ketika Sembahyang

Orang yang mendirikan sembahyang, tidak kira sama ada orang
yang celik matanya, orang buta mahupun orang yang mendirikan
sembahyang di tempat yang gelap, sunat menetapkan hala
pandangan mata ke arah tempat sujud dari permulaan hendak
mengangkat takbiratul ihram sehinggalah selesai sembahyang
kecuali pada beberapa tempat yang dikecualikan, iaitu:

1. Ketika duduk tasyahhud. Ketika duduk tasyahhud disunatkan
menghalakan pandangan mata ke arah jari telunjuk tangan kanan
ketika mengangkatnya dan ini berterusan sehinggalah jari telunjuk
kanan tersebut tidak lagi diangkat.

Bagaimanapun, menurut Imam asy-Syabramallisi Rahimahullah
jika orang tersebut tidak memiliki jari telunjuk kerana terputus atau
sebagainya maka disunatkan baginya menghalakan pandangan
matanya ke arah tempat sujud.
Begitu juga sebelum mengangkat jari telunjuk kanan, disunatkan
menghalakan pandangan mata ke arah tempat sujud.

2. Ketika sembahyang Khauf iaitu sembahyang dalam keadaan
takut dan pada ketika itu, orang yang bersembahyang itu
berhadapan dengan apa yang ditakutinya seperti musuh di dalam
situasi peperangan, binatang buas, orang yang hendak merampas
hartanya dan sebagainya, maka dalam keadaan ini sunat
menghalakan pandangan mata ke hadapan iaitu ke arah apa yang
ditakutinya itu kerana menjaga nyawa dan harta bendanya.

3. Tidak disunatkan menghalakan pandangan mata ke arah tempat
sujud jika terdapat lukisan, gambar, ukiran dan sebagainya pada
tempat sujud jika ia boleh mengganggu kekhusyukan dan tumpuan
ketika sembahyang.

Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah, hikmah
disunatkan menetapkan hala pandangan mata ke arah tempat sujud
sepanjang mendirikan sembahyang ini adalah kerana ia mudah
untuk dilakukan serta dapat membantu kekhusyukan, di samping
itu pula tempat sujud merupakan suatu tempat yang sangat mulia.

Hala Pandangan Mata Ketika Sembahyang Di Hadapan Atau
Di Dalam Ka‘bah

Sebahagian ulama berpendapat bahawa sunat menghalakan
pandangan mata ke arah Ka‘bah ketika sembahyang di hadapan
Ka‘bah. Akan tetapi pendapat ini tidak dipersetujui oleh Imam al-
Bulqini Rahimahullah. Pendapat ini juga turut dianggap sebagai
pendapat yang lemah oleh Imam al-Isnawi Rahimahullah.
Adapun pendapat yang mu‘tamad dalam mazhab asy-Syafi‘e
sepertimana yang disebutkan dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj ialah
sunat menghalakan pandangan mata ke arah tempat sujud
walaupun ketika sembahyang di hadapan Ka‘bah mahupun di
dalamnya.

Hala Pandangan Mata Ketika Sembahyang Jenazah
Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah, sungguhpun
tiada sujud yang disyariatkan dalam sembahyang Jenazah, akan
tetapi disunatkan juga untuk menghalakan pandangan mata ke arah
tempat sujud dengan menganggarkan kedudukan tempat sujud itu.
Ada pula pendapat yang dinukilkan daripada perkataan Imam al-
Mawardi Rahimahullah yang mengatakan bahawa sunat
menghalakan pandangan mata ke arah jenazah ketika
menyembahyangkannya, akan tetapi pendapat ini didha‘ifkan oleh
Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah dalam kitab Tuhfah al-
Muhtaj.

Hukum Menutup Mata Ketika Sembahyang

Menutup mata ketika sembahyang, sungguhpun ada pendapat yang
mengatakan hukumnya adalah makruh kerana menyerupai
perbuatan orang-orang Yahudi, akan tetapi pendapat ini bukanlah
pendapat yang kuat kerana ia bersandarkan kepada hadits yang
dha‘if.

Maka dalam hal ini, Imam an-Nawawi Rahimahullah lebih
cenderung untuk mengatakan bahawa menutup mata ketika
sembahyang itu tidak makruh, akan tetapi perbuatan tersebut khilaf
al-awla (menyalahi yang utama). Ini kerana tidak pernah
dikhabarkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mahupun
para sahabat Radhiallahu ‘anhum menutup mata mereka ketika
sembahyang.

Bagaimanapun, ia boleh menjadi makruh bahkan adakalanya
menjadi haram jika perbuatan menutup mata ketika sembahyang
itu boleh mendatangkan kemudharatan kepada dirinya mahupun
orang lain.

Imam Ibnu ‘Abdussalam Rahimahullah pula memfatwakan
bahawa jika membuka mata ketika sembahyang itu boleh
mengganggu kekhusyukan serta tumpuan seseorang ketika
sembahyang, misalnya pada tempat dia mendirikan sembahyang
itu penuh dengan ukiran-ukiran pada dinding, tiang, lantai dan
sebagainya yang boleh mengganggu kekhusyukan dan tumpuan
ketika sembahyang, maka dalam hal ini adalah lebih utama
menutup mata daripada membukanya.

Bagaimanapun, menutup mata ketika sembahyang adakalanya
menjadi wajib, iaitu apabila tiada cara lain yang dapat dilakukan
selain daripada menutup mata bagi mengelakkan daripada
terpandang akan sesuatu yang haram.

Hukum Menghalakan Pandangan Mata Ke Arah Langit
Ketika Sembahyang

Makruh menghalakan pandangan mata ke arah langit (ke atas)
ketika sembahyang walaupun tanpa mendongakkan kepala. Begitu
juga makruh mendongakkan kepala walaupun tanpa menghalakan
pandangan mata ke arah langit, tidak kira orang tersebut celik
matanya mahupun orang buta.

Ini berdasarkan sebuah hadits yang diriwayatkan daripada Anas
bin Malik Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam telah bersabda:

مَا بَا ُ ل َأْقوَامٍ يَرَْفعُو َ ن َأبْصَارَهُمْ إَِلى السَّمَاءِ فِي صَ َ لاتِهِمْ، َفاشْتَدَّ َقوُْلهُ فِي َذلِكَ

حَتَّى َقا َ ل َليَنْتَهُنَّ عَنْ َذلِكَ َأوْ َلتُخْ َ طَفنَّ َأبْصَارُهُمْ.

(رواه البخاري وأبو داود وابن ماجه)

Maksudnya: “Kenapakah (kebiasaan) sebilangan kaum
mengangkatkan pandangan mereka ke langit ketika
sembahyang !?” Kemudian sabda Baginda menjadi semakin tegas
sehinggalah Baginda bersabda : “Hendaklah mereka itu berhenti
daripada berbuat demikian atau penglihatan mereka itu akan
disambar (dibutakan mata mereka).”
(Hadits riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Berdasarkan pendapat ini, para ulama mengambil kesimpulan
bahawa makruh juga hukumnya menghalakan pandangan mata ke
arah sesuatu yang boleh menjejaskan kekhusyukan seseorang
ketika sembahyang, umpamanya menghalakan pandangan ke arah
pakaian ataupun sejadah yang memiliki lukisan, gambar dan
sebagainya.

Hukum Membaca Al-Qur’an Melalui Mushaf Ketika
Sembahyang

Membaca al-Qur’an dengan melihat mushaf ketika sembahyang,
tidak membatalkan sembahyang, tidak kira sama ada ayat-ayat
yang dibaca itu sudah dihafal ataupun belum. Ini berdasarkan suatu
riwayat bahawa Zakwan iaitu hamba milik ‘Aishah Radhiallahu
‘anha pernah mengimamkan beliau dengan membaca al-Qur’an
melalui mushaf pada bulan Ramadhan.
Begitu juga tidak batal sembahyang kerana membalik kertas
mushaf mahupun buku ataupun kertas yang tertulis padanya ayatayat
al-Qur’an yang dibaca daripadanya ketika sembahyang,
selama mana orang itu dapat menjaga pergerakannya daripada
melakukan tiga pergerakan berturut-turut yang mana menurut
mazhab as-Syafi‘e perbuatan seumpama ini akan membatalkan
sembahyang.

Bagaimanapun menurut mazhab as-Syafi‘e, membaca al-Qur’an
dengan melihat mushaf ketika sembahyang ini hukumnya adalah
makruh kerana ia menyerupai perbuatan ahli-ahli kitab. Maka
sebaiknya perbuatan tersebut dielakkan, kerana selain daripada
menyerupai perbuatan ahli-ahli kitab, ia juga boleh mengurangkan
kekhusyukan serta mengganggu tumpuan ketika sembahyang.
Bagi orang yang tidak hafal Surah al-Fatihah pula, wajib baginya
membaca Surah al-Fatihah melalui mushaf ketika sembahyang.
Adapun di luar sembahyang pula, menurut sebahagian ulama,
membaca dengan cara melihat mushaf itu adalah lebih afdhal
kerana ia menggabungkan dua ibadat dalam satu masa iaitu
membaca mushaf dan melihatnya, sebab melihat mushaf itu pun
merupakan suatu ibadat. Di samping itu, membaca daripada
mushaf dapat membantu bagi mengelakkan daripada berlakunya
kesalahan ketika membacanya.

Sebahagian ulama pula berpendapat bahawa membaca melalui
hafalan itu lebih afdhal kerana ia menjauhkan daripada timbulnya
sifat ria‘, di samping itu juga ia lebih menambahkan rasa khusyuk
ketika membacanya.

Penutup

Pandangan mata sangat berpengaruh terhadap jiwa, fikiran serta
tumpuan seseorang, apatah lagi ketika sedang sembahyang, kerana
syaitan itu sering sahaja mencari-cari peluang untuk mencacatkan
sembahyang seseorang.

Dari itu, hala pandangan mata ketika sembahyang bukanlah suatu
perkara yang remeh. Ia sangat berkait rapat dengan kesempurnaan
sembahyang seseorang kerana ia dapat membantu seseorang itu
menghadirkan hatinya ketika sembahyang, sekaligus akan
mendatangkan rasa khusyuk. Kerana itulah orang yang sedang
sembahyang di sunatkan untuk menetapkan pandangan matanya ke
arah tempat sujud sepanjang mendirikan sembahyang kecuali pada
tempat-tempat serta keadaan-keadaan tertentu. Ini bagi
mengelakkan seseorang itu daripada terpandang segala perkara
yang boleh mengganggu kekhusyukan serta tumpuannya ketika
sembahyang.

CAHAYA HATIKU(BUAT SUAMI DAN ANAK-ANAK)

Suamiku....................
Sejauh mana perjalanan kita
Tetap bersama dan bersatu
Akan aku jaga dan semai
Rasa kecintaan nan berpanjangan
Buat meniti hari-hari mendatang...............

Anak-anakku.................
Dibelai ketika dalam bedungan
Ditatang bagai hari ini tiada lagi esoknya
Disemai nilai-nilai murni
Diberi kasih dan sayang
Agar apabila kalian kian dewasa
Akan menjadi insan bertakwa dan berguna

Aku..................
Adalah tonggak kehidupan kalian
Cuba menjadi isteri kesayangan
Ibu mithali adalah impian
Yang bertakwa dan menjadi tauladan
Rumahtangga bahagia dalam igauan
Anak-anak beriman satu kejayaan

Tapi............
Mampukah aku?
Menongkah arus peredaran zaman
Dalam mencapai segala apa yang diidamkan......!!
Aku pasrah dengan apa yang ditentukan Illahi
Dan dengan penuh kesyukuran aku menerima
KETENTUANMU YA ALLAH......

Nukilan Rasa: Roza A.R

AYAT AYAT CINTA

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya `Saya kasihan awak tersinggung' . Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan `Aku cinta padamu'.
27. Katakan `Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
30.. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.
31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
32. Basuhkan kereta yang dipakainya.
33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.
36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama
mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan
bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti `Awak nampaknya gembira hari ini' atau `Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
55. Solat bersama dan berdoa bersama.
56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat.. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan `Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah..
68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih
berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

4 Golongan Lelaki yang di tarik oleh wanita ke neraka

Pertama: Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat: Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,
di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.." Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda. Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri. Jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas.

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
AMIN..... YA RABBALALAMIN.

Jumaat, 12 September 2008

SEKADAR BERKONGSI CERITA YANG AMAT MENARIK UNTUK DI AMATI KEBESARAN ALLAH SWT

SOALAN:

Sekiranya ada seseorang bukan muslim bertanyakan saya di manakah Allah, apakah jawapan yang sesuai yang saya harus berikan kepada beliau?

JAWAPAN:

Ustaz nukilkan di sini dialog Imam Abu Hanifah dengan seorang ateis (orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan) bernama Dahri untuk bacaan, sekali gus hujah-hujah logik yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah boleh membantu dalam menjelaskan persoalan di manakah Allah?

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy'ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.

Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.

"Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung". Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu'man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.

Membantu guru

Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

"Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.

"Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

"Wahai Dahri," balas Abu Hanifah, "Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa".

Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.

"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.
"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.
"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?" Suara Dahri semakin meninggi.
"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.
"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.

"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa...," Abu Hanifah berhujah.

"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!," sahut Dahri.

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Tersentak Dahri seketika.
Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: "Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"

Pantas Dahri menjawab, "Ya!"

Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu di manakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnya atau di bawahkah...?" Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

"Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!"

"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." soal Dahri lagi.

"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir," tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya....?," Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit. Tidak terfikir. Beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya..." Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah."

"Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.

"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,". Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.

"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.

Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.

Hanya makhluk sahaja yang memerlukan tempat, namun Allah s.w.t tidak sama dengan makhluk, dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk.

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'

'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu'

Subhanallah. ..


AMIEN.......

Sabtu, 6 September 2008

Mengenal Kemampuan Diri

Adakah anda cukup yakin kemampuan diri anda? Mampukah anda mengikuti kelas dengan baik sehingga tamat Tingkatan 5 dan seterusnya menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi. Pernahkah anda terasa anda kurang pandai berbanding kawan-kawan yang lain? Jika perasaan itu wujud segeralah selidik siapa diri anda yang sebenar.
Ingatlah kepandaian semata-mata bukanlah kejayaan dalam hidup ini. Ramai orang yang berjaya sedangkan dia bukan pelajar yang baik dan memang tidak memiliki sebarang kelulusan pun. Jangan pula kerana kenyataan ini anda tidak mahu belajar lagi kerana mereka yang tidak berkelulusan tersebut sebenarnya menimba ilmu melalui pengalaman dan mereka memang memiliki akal yang cerdik. Jika anda tidak lemah otak, anda memang memiliki potensi untuk berjaya atau menjadi pelajar pintar. Kejayaan manusia didorong oleh beberapa faktor. Lazimnya setiap individu memang didorong oleh faktor-faktor ini, cuma sejauh mana satu-satu faktor itu mempengaruhi kehidupannya yang berbeza.

Terdapat lima perkara di dalam diri kita yang mendorong ke arah kejayaan iaitu mental, fizikal, psikologikal, rohani dan persekitaran. Untuk mengenal kemampuan diri perkara yang diberi perhatian adalah aspek mental iaitu gambaran cita-cita yang jelas dan daya merancang kreativiti dalam akademik dan kehidupan. Tidak kira sama ada anda pelajar sekolah atau universiti, anda perlu sedar apa yang ada di dalam diri anda dan siapa anda yang sebenarnya. Perkara ini boleh dibincangkan dengan orang lain tetapi orang yang paling mengetahui tentang diri anda adalah anda sendiri.
Mental bererti keupayaan berfikir oleh otak, menyimpan data, menganalisa, merancang dan memandu diri dalam menghadapi kehidupan seharian berdasarkan sumber-sumber yang ada disekeliling anda. Oleh yang demikian Jika fungsi otak rosak maka hilanglah akal dan hilanglah kemampuan diri untuk mengawal tindakan sendiri. Semua kelebihan, kemampuan, kecenderungan dan minat serta sokongan keluarga adalah sumber diri anda. Kelemahan dalam satu-satu perkara pula adalah satu tanda bahawa anda perlu mengelakkan diri dari terlibat dengannya kerana anda memang tidak berapa mahir dalam bidang tersebut.

Sebagai contoh, anda pandai dalam matematik dan mata pelajaran sains. Anda bercita-cita menjadi doktor kerana anda sedar itulah kerjaya yang paling menarik dan sesuai dengan diri anda. Tambahan pula keluarga anda memberi sokongan padu. Oleh itu anda mesti memastikan anda mengikuti kelas sains tulen sejak tingkatan 4 dan memberi tumpuan yang lebih untuk subjek biologi, matematik, dan lain-lain yang berkaitan. Dengan keputusan yang cemerlang terutama dalam subjek-subjek yang telah disebutkan, tentu tidak sukar untuk memasuki universiti dalam bidang perubatan.
Anda tidak perlu merasa rendah diri sekiranya anda dapati anda tidak pandai dalam pelajaran, lambat bertindak dan sukar memahami sesuatu subjek. jangan jadikan kelemahan daya berfikir sebagai halangan atau anda bermain-main dalam belajar. Sebagai pelajar anda mesti tekun, kalau tidak dapat, cuba lagi. Sebagai manusia kita ada kelemahan. Tidak mungkin seseorang itu boleh menjadi tukang jahit, tukang komputer, tukang masak dan lain-lain tukang dalam satu masa. Kenal pasti kelemahan itu, tinggalkan bidang yang memang kita lemah kerana Jika kita memaksa diri untuk menceburi bidang yang tidak sesuai dan tidak disukai, kemungkinan untuk gagal adalah tinggi. Kalau berjayapun, tidak memberangsangkan dan akan meninggalkan sesalan di kemudian hari.

Jika ibu bapa anda selalu mendesak agar anda menjadi seperti mereka, contohnya mesti menjadi guru, cuba ingatkan mereka bahawa anda berhak membuat pilihan sendiri. Kalau anda memang tidak meminati profession itu, berbincanglah dengan mereka dan jelaskan apakah cita-cita dan minat anda yang sebenar. Kemudian terus berikan tumpuan kepada cita-cita yang diidamkan. Jika anda mengimpikan sesuatu kerjaya,

Selidik dahulu apakah yang diperlukan oleh kerjaya tersebut. Jika faktor rupa paras, ke-tinggian dan lain-lain keadaan fizikal menjadi keutamaan, ukurlah baju di badan sendiri. Oleh itu, jika anda sememangnya rendah janganlah berangan menjadi pramugari atau pramugara.

Luangkan sedikit masa dan fikirkan siapa diri anda. Lima tahun akan datang, sepuluh tahun dan seterusnya kemanakah arah hidup anda. Tuliskan apakah halangan-halangan yang sering membantutkan usaha anda untuk berjaya. Renungkan dan rancangkan bagaimana anda boleh mencapai cita-cita anda bermula dari sekarang. Tidak mengapa kalau anda terlewat menyedari hal ini. Anda hanya tersedar bahawa anda perlu merancang cita-cita dan masa depan setelah berada di universiti. Pastikan kursus yang diambil sesuai dengan kemampuan diri dan berusahalah agar pencapaian anda dalam akademik lebih memberansangkan.

Anda memang bijak sekiranya anda sedar hal ini sejak dibangku sekolah lagi. Kebanyakan pelajar menjalani kehidupan belajar sebagai satu rutin atau proses semula jadi dalam kehidupan. Mereka tidak pernah meluangkan sedikit masa berfikir mengenai
kelebihan dan kelemahan diri sendiri serta merancang masa depan. Percayalah sekiranya anda memperuntukkan waktu untuk tujuan ini, anda akan ingat bila dan bagaimana perkara ini dan apakah perancangan awal anda tentang hidup walaupun setelah berpuluh tahun kesedaran ini timbul dalam diri anda. Renungkan kata-kata hikmat ini;

"Kesedaran sekalipun hanya sesaat sahaja, lebih berharga daripada pengalaman sepan-jang hayat". Oliver Wendell Holmes.

Gambaran cita-cita yang jelas dalam minda menunjukkan anda seorang yang bijak merancang masa depan, sedar apa yang sedang dan akan di lakukan. Ramai pelajar yang bijak di dalam kelas tetapi tidak pintar merancang masa depan kerana mereka tidak ada gambaran cita-cita atau memang tidak pernah mengambil tahu hal ini. Adalah sesuatu yang tidak menghairankan jika anda berjumpa pelajar yang tidak pintar dalam kelas sewaktu darjah enam dahulu menjadi lebih berjaya dalam pelajaran dan karier setelah anda menemuinya dua puluh tahun selepas itu. Ada pula pelajar yang cemerlang sewaktu kecil tertinggal dalam pelajaran kerana dipaksa mengikut kehendak ibu bapa dalam menentukan cita-cita mereka.

Sesuatu perkara yang ingin kita capai memerlukan usaha. Usaha itu tangga kejayaan. Setelah anda jelas dengan matlamat hidup anda, berusahalah ke arah itu dengan mendisiplinkan diri anda. Wujudkan kehendak setiap masa dan elakkan sikap menunggu atau menanti kerana ia akan berakhir dengan kemalasan. Kemalasan dapat dikalahkan oleh keupayaan merancang dan kreativiti anda?" mengendalikan sesuatu. Kreativiti mengelakkan anda dari rasa jemu, kerana seseorang yang kreatif sentiasa mencari jalan yang paling efektif untuk berjaya. Kita perhatikan ada orang yang boleh menghabiskan masa selama empat tahun sahaja untuk mendapat dua ijazah, ada pula yang mengambil masa lebih lama dari sepatutnya untuk menyelesaikan sesuatu kursus. Semuanya bergantung kepada usaha dan daya kreativiti.

Semua pekerjaan perlukan perancangan atau jadual untuk mendisiplinkan diri. Sejak bilakah kita mula diperkenalkan dengan jadual? Sejak dari kecil bukan. Ada yang bermula sejak sebelum bersekolah lagi tapi kebanyakkan orang mula mengenali jadual apabila melangkah ke darjah satu. Ini menunjukkan jadual itu penting. Penggunaan jadual tidak berakhir sebaik sahaja persekolahan tamat. Selepas itu apa sahaja bidang kerjaya anda memerlukan penjadualan, lebih-lebih lagi di peringkat pengurusan. Suri rumahtangga sepenuh masa juga memerlukan jadual, jika tidak kerja rumahnya tidak dapat diselesaikan dengan sempurna. Perhatikan ada ibu yang ada anak ramai tetapi masih boleh memastikan rumahnya kemas dan bersih, ada pula ibu yang tidak sempat berbuat apa-apa bila bilangan anaknya ramai dan rapat.
Biasakan membuat jadual untuk menyusun aktiviti seharian, jadual sekolah adalah untuk waktu di sekolah. Sediakan satu jadual untuk aktiviti di rumah dan waktu cuti sekolah, Luangkan masa untuk menolong ibu bapa, bermain, menonton televisyen, membaca dan melakukan hobi. Percayalah anda dapat melakukan lebih banyak perkara berfaedah dan menghiburkan dengan mengamalkan jadual. Jika tidak masa anda dalam sehari hanya banyak dihabiskan di hadapan kaca televisyen sahaja.

Menurut, Prof. Hamka seorang ulama dan ilmu terkenal, sesuatu yang baik itu selalunya perlu dipaksa dahulu, lama-kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan. Disiplin juga ada unsur-unsur paksaan. Pada peringkat permulaan, paksa diri anda untuk setia mengikut jadual, selang beberapa hari anda berasa seronok dan akan terus mengamalkannya. jadual memerlukan pindaan berdasarkan keperluan semasa. Gunakan kreativiti anda untuk mengubahnya. Yang pasti jangan tinggalkan jadual.

Mengenal Islam Hadhari

MENGAPA ISLAM HADHARI?

Islam adalah Ad-Deen iaitu ´suatu cara hidup yang syumul bertunjangkan agama´. Namun begitu, tidak semua umat islam menjadikan agamanya sebagai cara hidup yang komprehensif. Ada beberapa keadaan di kalangan umat islam yang menyebabkan perlunya Islam Hadhari.

I. Menganut Islam sebagai agama keturunan atau warisan. Amalan Islam bercampur aduk dengan budaya, tradisi, adat dan lain-lain.

II. Islam diamalkan secara tariqah atau ´tariqah suffiyah´ semata-mata. Ianya membatasi maksud amalam Islam yang sebenar.

III. Islam difahamkan secara siasah (politik) dalam pengertian yang terbatas. Ianya menyebabkan konflik yang berpanjangan.

IV. Islam diamalkan sebagai agama ´ritual´ dan ´spiritual´ sahaja. Islam tidak dihayati secara lengkap yang mendukung maksud duniawi dan ukhrawi.

V. Islam mengambil pendekatan ´tablighi´ semata-mata.

VI. Islam dalam orientasi jamaah dan harakah yang berbagai-abagai. Wujud penentangan sesama jamaah.

Umat Islam menghadapi lanskap politik dunia yang berubah. Cabaran globalisasi memerlukan Islam didekati secara Hadhari.

I. Peristiwa 11 September 2001 di Amerika Syarikat.

II. Islamiphobia (ketakutan kepada Islam) di Barat.

III. Tentangan terhadap tradisionalisme dan fundamentalisme dan usaha menyuburkan liberalisme ala Barat dalam beragama.

IV. Globalisasi dan penjajahan bentuk baru..

V. Cabaran fahaman kenedaan dan hedonisme.

Oleh itu, Islam Hadhari bukanlah suatu agama atau mazhab baru. Ianya adalah suatu PENDEKATAN atau STRATEGI bagaimana dalam situasi baru, lanskap politik baru dan orientasi beragama yang berbeza di kalangan umat Islam dapat dibangunkan suatu pendekatan ketamadunan yang lebih jauh, komprehensif, intergratif, maju dan sederhana (wasatiyyah) sifatnya.

DEFINISI DAN TAKRIF HADHARI

Dari segi istilah perkataan ´Hadhari´ membawa maksud ´yang bertamadun´ atau Islam yang menenkankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris di sebut ´civilization´. Pemahaman istilah Islam Hadhari secara mudah dalam bahasa Inggeris ialah ´Civilization Islam´ atau Islamic Civilizational Approach´ atau Comprehensive Cicilizational Approach to the Development in Malaysia´.

Oleh itu, takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah:
“Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarkat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada ruang lingkup tamadun Islam, bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani) akhlak, intelektual dan material, mampu berdikari, berdaya saing melihat ke hadapan (futuristik), inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, objektif, praktikal´.

Definisi dan takrif ini membawa maksud ajaran Islam yang membawa kepada fokus kehidupan untuk mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat dan negara yang bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta masalah penjajahan pemikiran dan cara hidup.

PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM HADHARI

Terdapat sepuluh prinsip asas Islam Hadhari:

I. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

II. Kerajaan yang adil dan beramanah.

III. Rakyat berjiwa Merdeka.

IV. Penguasaan Ilmu pengetahuan.

V. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif.

VI. Kehidupan berkualiti.

VII. Pembelaan hak minoriti dan wanita.

VIII. Keutuhan budaya dan moral.

IX. Pemiliharaan alam tabii.

X. Kekuatan pertahanan.

Prinsip-prinsip ini dirangka bagi merangsang ke arah perubhan minda umat Islam secara menyeluruh, sistematik dan bijaksana. Ini memerlukan perubahan padangan semesta (tasawwur) yng lengkap. Ia selaras dengan konsep hidup sebagai pengabdian kepada Allah dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan keajipaqn mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan akan dijadikan foikus khususnya dalam memenuhi ´maqasid al-syariah´ iaitu:

• menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama;
• menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal;
• menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa;
• menjaga., memartabatkan dan memperkasakan harta;
• menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan;
• menjaga, memelihara dan mengurus persekitaran; dan
• menjaga, memelihara dan menguruskan keluarga.

ISLAM HADHARI DAN MASYARAKAT TERBILANG

Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi atau agama persekutuan. Sejarah dan perkembangan budaya masyarakat Melayu dan keturunan lain banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai Islam atau nilai-nilai bersama yang membolehkan tumpuan melaksanakan cita-cita Islamiah secara berperingkat-peringkat dan dalam masa yang sama tidak menghalang penganut agama lain mempunyai kebebasan beragama.
Islam ialah agama yang mendukung faktor ilmiah (universal). Rasulullah s.a.w diutuskan sebagai pembawa rahmat bagi seluruh alam. Faktor alamiah ini telah membuktikan Islam berkembang sebagai suatu tamadun besar dan kemajuannya diterima oleh orang-orang Barat atau Eropah. Ilmuan Islam juga mengamalkan tradisi ´litaarafu´ atau kekenalan yang menyebabkan suburnya sikap terbuka untuk memperkongsikan aspek-aspek positif tamadun lain iaitu dan Barat dan Timur. Darinya wujud sifat kesalingan (reciprocacity) yang menyebabkan tamadun Islam mampu berkembang hampir 700 tahun.

Isunya, asas apa yang telah menyebabkan ilmu sains dan teknologi Islam boleh diterima di Barat kalau tidak kerana manfaat dan sifat-sifat alamiahnya. Bagaimana pula Islam boleh berkembang ke seluruh alam ini kalau tidak kemampuan agama ini melakukan adaptasi budaya dan tradisi yang didapati tidak bercanggah dengan prinsip dan akidah Islam.

Surah al-Hujurat (ayat 13) memberikan asas yang baik mengenai wujudnya kepelbagaian dalam kejadian manusia. Asas ´litaarafu atau kekenalan menjadi obor penting kepada kekuatan Islam. Islam berkembang di negeri China lebih jauh lebih awal dari ianya berkembang di Alam Melayu. Islam pernah membina kerajaan besar di India sebelum pengaruh Hindu dan kerajaan yang bukan Islam menguasai negara itu. Umat bukan Islam boleh mengamalkan agama masing-masing dengan selamat di bawah kemajuan Islam di Andalusia.

Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum tidak sewajarnya menjadi masalah untuk tamadun Islam dikembangkan. Faktor dan maqasid syariah tidak harus dilihat sebagai langkah ekstrem dalam melaksanakan kebaikan dan kepentingan hidup manusia. Bank Islam Malaysia, kaunter-kaunter dan keupayaan bank-bank konvensional melakukkan operasi mengikut kaedah yang tidak bercanggah dengan syarak adalah bukti baik tanpa meninggalkan mudharat walaupun faktor syarak menjadi tunggak kekuatannya.
Hal-hal ini sekiranya dapat dikenalpasti tentunya bersifat menyumbang terhadap proses pengkayaan tamadun.

MENGHAYATI ISLAM HADHARI

Islam Hadhari sewajarnya menjadi dasar utama negara dalam pengertian yang luas. Ia tidak digunakan secara parokial atau sempit untuk maksud-maksud tertentu yang sifatnya terbatas dan bertentangan. Islam Hadhari harus mesra rakyat dan perubahan. Generasi muda sewajarnya berani meneroka suatu pendekatan yang realistik dan progresif tentang bagaimana mengungkap Islam sebagai sumber kemajuan pembangunan dan perubana semasa. Ada beberapa pra-syarat yang harus dilakukan bagi membangunkan Islam Hadhari.

I. Menyuburkan dialog peradaban di kalangan masyarakat.

II. Perkukuhkan pendekayan intergrasi ilmu dan pendidikan supaya elemen-elemen ketamadunan daripada semua pihak dapat dikembangkan berasaskan etika dan nilai dari semua manusiawi yang tinggi.

III. Wujudnya bidang pengajian dan penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi supaya elemen Hadhari sentiasa menjadi fokus dalam kegiatan akademik atau ilmiah.

IV. Memperkukuhkan model-model yang bersifat Hadhari dalam proses pembangunan negara seperti ekonomi, pertanian, sains dan teknologi, pendidikan dan latihan, komunikasi dan telekomunikasi, budaya dan seni supaya proses kemodenannya tidak menolak kepentingan nilai adab, daya kompetensi yang tinggi dan etika murni supaya manusia dididik mensyukuri nikmat tuhan bagi memelihara ´maqasid syariah´ dan akhirnya mampi menjadi model negara maju berasaskan acuan Hadhari.

KESIMPULAN

Meskipun di peringkat awal banyak polemik dari segi istilah, konsep dan maksud Islam Hadhari dikemukakan, keinsafan harus ada bahawa Barat tidaklah bersifat jinak dan mesra kepada Islam dan umatnya. Globalisasi yang sedang menguasai kita datang bersama mekanisma yang amat komprehensif.

Kita tidak menolak Barat dalam ertikata yang luas tetapi kita menolak proses pembaratan yang sifatnya unileteral dan tanpa batas sempadan. Oleh kerana Islam terbukti pada masa lalu tampil menawarkan kepada dunia Barat sebagai satu tamadun, pendekatan Islam Hadahri juga harus dilihat dalam konteks positif untuk mengimbangi proses pembaratan atau penjajahan bentuk baru supaya warga yang cintakan agama dan nilai-nilai murni tidak akan membiarkan proses kemajuan ditelan oleh fahaman kebendaan dan hedonistik yang akhirnya menjerumuskan negara kita sebahagian dari Barat atau terjebak dengan proses pembaratan.

Mensyukuri Nikmat Allah

Bersyukur adalah ungkapan yang berisikan pujian kepada Allah SWT. Syukur berarti mengakui segala kebaikan dan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita, hamba-hamba-Nya.

Banyak cara untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah kita terima. Mulai dari sekadar mengucapkan alhamdulillahi rabbil alamin sampai mengeluarkan sebagian harta untuk disedekahkan atau dizakatkan. Yang pasti, tidak ada sebuah ungkapan syukur yang direalisasikan dengan keburukan-keburukan akhlak dan perilaku. Baik keburukan yang dilakukan secara individu, apalagi yang dilakukan secara kolektif.

Telah banyak contoh yang diberikan oleh Allah atas pribadi-pribadi dan kaum-kaum, serta bangsa-bangsa yang sebelumnya diberi kenikmatan, namun karena masyarakatnya tidak bersyukur, maka Allah memberikan azab yang tidak terbayangkan.

Sesungguhnya, hakikat bersyukur itu akan kembali kepada kita sendiri. Allah SWT berfirman, ''Dan barangsiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri.'' (QS An Naml [27]: 40). Tidaklah Allah SWT akan berkurang kemuliaan-Nya hanya karena penduduk bumi ini tidak bersyukur kepada-Nya. Tidak pula akan bertambah tinggi kemuliaan-Nya karena seluruh penduduk bumi ini bersyukur kepada-Nya. Kemuliaan Allah SWT tidak bergantung kepada kita hamba-Nya yang lemah.

Begitu banyak nikmat yang telah kita terima dari Allah SWT. Negara ini telah mendapatkan nikmat lahan yang subur, kandungan sumber daya alam melimpah, dan masyarakat Muslim yang sangat banyak. Diri-diri kita telah mendapatkan nikmat hidup berkecukupan, anak-anak yang sehat dan cerdas, pasangan hidup yang beriman. Bukan itu saja, masih banyak nikmat-nikmat yang lain, yang jika kita mencoba menghitungnya, niscaya tidak akan mampu. Allah SWT berfirman, ''Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'' (QS An Nahl [16]: 18).

Hisablah diri-diri kita dan perilaku masyarakat bangsa Indonesia tercinta ini. Apakah kita telah berperilaku layaknya orang-orang yang bersyukur? Apakah masyarakat bangsa ini telah berperilaku layaknya masyarakat yang bersyukur atas segala nikmat-nikmat Allah terhadap bangsanya? Jangan-jangan terlalu banyak keburukan yang kita lakukan secara individu maupun kolektif dan justru terlalu sedikit ungkapan syukur yang kita panjatkan kepada Allah SWT atas nikmat yang banyak ini.

20 Tanda Lelaki Jatuh Cinta

1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara untuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.

12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.

14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.

15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.

16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.

17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.

18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.

19. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.

20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seorang perempuan.

10 sikap wanita yang disukai lelaki

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg enyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona

Cinta Yang Hilang

Sayang....
Tiada apa yang mampu digapai lagi
hanya tinggalan memori yang sepi
ibarat Cinta Yang Hilang...;
tiada jalan untuk mencari kembali
laksana penghujung dunia kini,
isterimu terdampar keseorangan.

Cinta Yang Hilang...,
Serpihan-serpihan sisa cinta
kini kian hilang ditiup
angin yang semakin mengganas....
kini tinggal cuma mimpi yang tidak pasti
dengan apakah kita hendak
mengembalikan rasa Cinta Yang Hilang
ini subur kembali....?

Cintaku...
Dunia kian mentertawakan
isterimu yang kudus ini....
dimanakah hendak mengadu
dan dimanakah hendak bermanja...,
Hambar dan kaku,
sepi dan hiba...
maruah sedang dipermainkan
dan ditertawakan oleh
sekecil-kecil insan di sisimu.

Sayang...
Ibarat bara api yang
tidak pernah padam,
ianya membakar diri
secara senyap tetapi pedih..,
itulah diriku yang engkau
singkirkan secara halus...
Isterimu pasrah dengan apa
yang terjadi kini....


Nukilan;
Isterimu Yang Malang...

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!



Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan Hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.



TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.



TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia

Assalam Mu'alaikum !

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!

Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!

Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!

Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!

Dengan kain kafan yang serba putih!

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....

Walaupun orang yang hadir itu merintih....



Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....

Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam

Berserta Fatihah, Selawat dan doa....

Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah



Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....

Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....

Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?



Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....

Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....

Usunglah dirimu ke tikar Solat....

Sebelum kamu diusung ke liang lahad....

Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!



Iringilah dirimu ke masjid....

Sebelum kamu diiringi ke Pusara!

Tangisilah dosa-dosamu di dunia....

Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!



Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..

Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....

Bukan yang pergi!



Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!



Ingatlah di mana saja kamu berada....

Kamu tetap memijak bumi Tuhan!

Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!

Serta menikmati rezeki Tuhan!

Justeru bila Dia menyeru,....

Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....

memanggilmu buat kali yang terakhirnya!

Ingatlah kamu dahulu hanya....

setitis air mani yang tidak bererti!



Lalu menjadi segumpal darah!

Lalu menjadi seketul daging!

Lalu daging itu membaluti tulang!

Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....



Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....

Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....

Yang lebih agung dari malaikat!



Lahirmu bukan untuk dunia....

Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!



Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....

Dengan penuh rela dan bersedia!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....

Jalan kemenangan akhirat dan dunia!



Ingatlah yang kekal ialah amal....

Menjadi bekal sepanjang jalan!

Menjadi teman di perjalanan.. ..

Guna kembali ke pangkuan Tuhan!



Pada hari itu tiada berguna....

Harta, tahta dan putera....

Isteri, kad kredit dan kereta....

Kondominium, saham dan niaga....

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!



" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"