Sabtu, 6 September 2008

Mengenal Islam Hadhari

MENGAPA ISLAM HADHARI?

Islam adalah Ad-Deen iaitu ´suatu cara hidup yang syumul bertunjangkan agama´. Namun begitu, tidak semua umat islam menjadikan agamanya sebagai cara hidup yang komprehensif. Ada beberapa keadaan di kalangan umat islam yang menyebabkan perlunya Islam Hadhari.

I. Menganut Islam sebagai agama keturunan atau warisan. Amalan Islam bercampur aduk dengan budaya, tradisi, adat dan lain-lain.

II. Islam diamalkan secara tariqah atau ´tariqah suffiyah´ semata-mata. Ianya membatasi maksud amalam Islam yang sebenar.

III. Islam difahamkan secara siasah (politik) dalam pengertian yang terbatas. Ianya menyebabkan konflik yang berpanjangan.

IV. Islam diamalkan sebagai agama ´ritual´ dan ´spiritual´ sahaja. Islam tidak dihayati secara lengkap yang mendukung maksud duniawi dan ukhrawi.

V. Islam mengambil pendekatan ´tablighi´ semata-mata.

VI. Islam dalam orientasi jamaah dan harakah yang berbagai-abagai. Wujud penentangan sesama jamaah.

Umat Islam menghadapi lanskap politik dunia yang berubah. Cabaran globalisasi memerlukan Islam didekati secara Hadhari.

I. Peristiwa 11 September 2001 di Amerika Syarikat.

II. Islamiphobia (ketakutan kepada Islam) di Barat.

III. Tentangan terhadap tradisionalisme dan fundamentalisme dan usaha menyuburkan liberalisme ala Barat dalam beragama.

IV. Globalisasi dan penjajahan bentuk baru..

V. Cabaran fahaman kenedaan dan hedonisme.

Oleh itu, Islam Hadhari bukanlah suatu agama atau mazhab baru. Ianya adalah suatu PENDEKATAN atau STRATEGI bagaimana dalam situasi baru, lanskap politik baru dan orientasi beragama yang berbeza di kalangan umat Islam dapat dibangunkan suatu pendekatan ketamadunan yang lebih jauh, komprehensif, intergratif, maju dan sederhana (wasatiyyah) sifatnya.

DEFINISI DAN TAKRIF HADHARI

Dari segi istilah perkataan ´Hadhari´ membawa maksud ´yang bertamadun´ atau Islam yang menenkankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris di sebut ´civilization´. Pemahaman istilah Islam Hadhari secara mudah dalam bahasa Inggeris ialah ´Civilization Islam´ atau Islamic Civilizational Approach´ atau Comprehensive Cicilizational Approach to the Development in Malaysia´.

Oleh itu, takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah:
“Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarkat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada ruang lingkup tamadun Islam, bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani) akhlak, intelektual dan material, mampu berdikari, berdaya saing melihat ke hadapan (futuristik), inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, objektif, praktikal´.

Definisi dan takrif ini membawa maksud ajaran Islam yang membawa kepada fokus kehidupan untuk mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat dan negara yang bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta masalah penjajahan pemikiran dan cara hidup.

PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM HADHARI

Terdapat sepuluh prinsip asas Islam Hadhari:

I. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

II. Kerajaan yang adil dan beramanah.

III. Rakyat berjiwa Merdeka.

IV. Penguasaan Ilmu pengetahuan.

V. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif.

VI. Kehidupan berkualiti.

VII. Pembelaan hak minoriti dan wanita.

VIII. Keutuhan budaya dan moral.

IX. Pemiliharaan alam tabii.

X. Kekuatan pertahanan.

Prinsip-prinsip ini dirangka bagi merangsang ke arah perubhan minda umat Islam secara menyeluruh, sistematik dan bijaksana. Ini memerlukan perubahan padangan semesta (tasawwur) yng lengkap. Ia selaras dengan konsep hidup sebagai pengabdian kepada Allah dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan keajipaqn mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan akan dijadikan foikus khususnya dalam memenuhi ´maqasid al-syariah´ iaitu:

• menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama;
• menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal;
• menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa;
• menjaga., memartabatkan dan memperkasakan harta;
• menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan;
• menjaga, memelihara dan mengurus persekitaran; dan
• menjaga, memelihara dan menguruskan keluarga.

ISLAM HADHARI DAN MASYARAKAT TERBILANG

Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi atau agama persekutuan. Sejarah dan perkembangan budaya masyarakat Melayu dan keturunan lain banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai Islam atau nilai-nilai bersama yang membolehkan tumpuan melaksanakan cita-cita Islamiah secara berperingkat-peringkat dan dalam masa yang sama tidak menghalang penganut agama lain mempunyai kebebasan beragama.
Islam ialah agama yang mendukung faktor ilmiah (universal). Rasulullah s.a.w diutuskan sebagai pembawa rahmat bagi seluruh alam. Faktor alamiah ini telah membuktikan Islam berkembang sebagai suatu tamadun besar dan kemajuannya diterima oleh orang-orang Barat atau Eropah. Ilmuan Islam juga mengamalkan tradisi ´litaarafu´ atau kekenalan yang menyebabkan suburnya sikap terbuka untuk memperkongsikan aspek-aspek positif tamadun lain iaitu dan Barat dan Timur. Darinya wujud sifat kesalingan (reciprocacity) yang menyebabkan tamadun Islam mampu berkembang hampir 700 tahun.

Isunya, asas apa yang telah menyebabkan ilmu sains dan teknologi Islam boleh diterima di Barat kalau tidak kerana manfaat dan sifat-sifat alamiahnya. Bagaimana pula Islam boleh berkembang ke seluruh alam ini kalau tidak kemampuan agama ini melakukan adaptasi budaya dan tradisi yang didapati tidak bercanggah dengan prinsip dan akidah Islam.

Surah al-Hujurat (ayat 13) memberikan asas yang baik mengenai wujudnya kepelbagaian dalam kejadian manusia. Asas ´litaarafu atau kekenalan menjadi obor penting kepada kekuatan Islam. Islam berkembang di negeri China lebih jauh lebih awal dari ianya berkembang di Alam Melayu. Islam pernah membina kerajaan besar di India sebelum pengaruh Hindu dan kerajaan yang bukan Islam menguasai negara itu. Umat bukan Islam boleh mengamalkan agama masing-masing dengan selamat di bawah kemajuan Islam di Andalusia.

Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum tidak sewajarnya menjadi masalah untuk tamadun Islam dikembangkan. Faktor dan maqasid syariah tidak harus dilihat sebagai langkah ekstrem dalam melaksanakan kebaikan dan kepentingan hidup manusia. Bank Islam Malaysia, kaunter-kaunter dan keupayaan bank-bank konvensional melakukkan operasi mengikut kaedah yang tidak bercanggah dengan syarak adalah bukti baik tanpa meninggalkan mudharat walaupun faktor syarak menjadi tunggak kekuatannya.
Hal-hal ini sekiranya dapat dikenalpasti tentunya bersifat menyumbang terhadap proses pengkayaan tamadun.

MENGHAYATI ISLAM HADHARI

Islam Hadhari sewajarnya menjadi dasar utama negara dalam pengertian yang luas. Ia tidak digunakan secara parokial atau sempit untuk maksud-maksud tertentu yang sifatnya terbatas dan bertentangan. Islam Hadhari harus mesra rakyat dan perubahan. Generasi muda sewajarnya berani meneroka suatu pendekatan yang realistik dan progresif tentang bagaimana mengungkap Islam sebagai sumber kemajuan pembangunan dan perubana semasa. Ada beberapa pra-syarat yang harus dilakukan bagi membangunkan Islam Hadhari.

I. Menyuburkan dialog peradaban di kalangan masyarakat.

II. Perkukuhkan pendekayan intergrasi ilmu dan pendidikan supaya elemen-elemen ketamadunan daripada semua pihak dapat dikembangkan berasaskan etika dan nilai dari semua manusiawi yang tinggi.

III. Wujudnya bidang pengajian dan penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi supaya elemen Hadhari sentiasa menjadi fokus dalam kegiatan akademik atau ilmiah.

IV. Memperkukuhkan model-model yang bersifat Hadhari dalam proses pembangunan negara seperti ekonomi, pertanian, sains dan teknologi, pendidikan dan latihan, komunikasi dan telekomunikasi, budaya dan seni supaya proses kemodenannya tidak menolak kepentingan nilai adab, daya kompetensi yang tinggi dan etika murni supaya manusia dididik mensyukuri nikmat tuhan bagi memelihara ´maqasid syariah´ dan akhirnya mampi menjadi model negara maju berasaskan acuan Hadhari.

KESIMPULAN

Meskipun di peringkat awal banyak polemik dari segi istilah, konsep dan maksud Islam Hadhari dikemukakan, keinsafan harus ada bahawa Barat tidaklah bersifat jinak dan mesra kepada Islam dan umatnya. Globalisasi yang sedang menguasai kita datang bersama mekanisma yang amat komprehensif.

Kita tidak menolak Barat dalam ertikata yang luas tetapi kita menolak proses pembaratan yang sifatnya unileteral dan tanpa batas sempadan. Oleh kerana Islam terbukti pada masa lalu tampil menawarkan kepada dunia Barat sebagai satu tamadun, pendekatan Islam Hadahri juga harus dilihat dalam konteks positif untuk mengimbangi proses pembaratan atau penjajahan bentuk baru supaya warga yang cintakan agama dan nilai-nilai murni tidak akan membiarkan proses kemajuan ditelan oleh fahaman kebendaan dan hedonistik yang akhirnya menjerumuskan negara kita sebahagian dari Barat atau terjebak dengan proses pembaratan.

Tiada ulasan: